BAHAGIAN KOMPONEN
........SELAMAT DATANG..........
Monday, January 7, 2013
AKTIVITI MINGGU 13 & MINGGU 14
Pada minggu ke tiga belas dan minggu terakhir kami telah dapat menyiapkan beberapa bahagian komponen-komponen yang terakhir sebelum membuat pengujian pada kereta. Badan kereta telah diukur mengikut kesesuaian kreativiti kumpulan kami yang bertemakan kehijauan.
Selepas kerangka dan badan kereta dicatkan dengan warna yang sesuai badan kereta dicantum mengikut kretiviti kami. Pemasangan wayering dilakukan bagi mengerakkan kereta kami.
AKTIVITI MINGGU 11 & MINGGU 12
Pada minggu ke sebelas dan minggu ke dua belas proses meletakkan komponen-komponen di atas kerangka seperti kerusi, enjin dan komponen-komponen lain.
Semua komponen yang terdapat pada kerangka akan di lukis di dalam Autocad. Kemudian cantuman pada stering di cantumkan pada permukaan kerangka.
AKTIVITI MINGGU 9 & MINGGU 10
Pada minggu ke-sembilan dan minggu ke-sepuluh kami telah menyiapkan pembinaan kerangka yang lengkap. pelbagai aktiviti telah kami jalankan sepanjang dua minggu ini.
Selain itu, kami telah menyiapkan beberapa bahagian komponen yang perlu dilukis di dalam Autocad. Setiap ukuran yang dibuat perlulah sama dengan lukisan di dalam Autocad.
AKTIVITI MINGGU 7 & MINGGU 8
Pada minggu ke-tujuh dan minggu ke-lapan aktiviti yang dijalankan oleh kami ialah membuat shaf di bahagian dalam komponen pada tayar kereta. Shaf perlu diulir menggunakan mesin mengikut ketebalan yang dikehendaki.
Selain itu membuat bahagian pada C-Bracket. Beberapa plate telah dipotong untuk dicantumkan dan dibentukkan C-Bracket. Pembuatan C-Brecket perlulah bersesuaian mengikut ukuran yang telah ditetapkan.
AKTIVITI MINGGU 5 & MINGGU 6
Pada minggu ke-lima dan minggu ke-enam kami telah siap memasangkan kerangka kereta dan diletakkan di atas papan lapis sebagai pelapik. En. Yusri membantu kami dalam proses mematerikan antara bahan-bahan supaya dapat terbentuk sebuah kerangka kereta.
Selepas proses pematerian pelajar perempuan dikehendaki memijak atau berdiri di atas kerangka bagi mengelakkan kerangka tidak sekata ini boleh menyebabkan struktur kerangka tidak berada dalam keadaan yang baik.
Seterusnya kami ditunjukkan cara-cara mengunakan mesin mengulir bagi membuat shaf dibahagian tayar belakang. Kami diberikan tunjuk ajar oleh En. Iskandar cara-cara penggunaan mesin mengulir tersebut. Kami diberikan penekanan dalam menjaga keselamatan diri dan kawan-kawan.
AKTIVITI MINGGU 3 & MINGGU 4
Pada minggu ke-tiga dan minggu ke-empat kami telah membentangkan kertas kerja yang pertama berkaitan kereta Shell Eco Challenge. Selepas selesai pembentangan kami dikehendaki memulakan proses peringkat pertama dengan mengenali bahan-bahan yang ingin digunakan untuk mereka bentuk kereta "Urban" ini.
Minggu ke-empat kami diberikan kesempatan untuk melihat kereta Shell Eco Challenge 2012 yang disertai oleh penuntut-penuntut Fakulti Mekanikel. Hasil daripada model kereta ini kami telah mendapat beberapa ilham berkaitan rekabentuk kereta kami.
Seterusnya kami telah menyambung menyiapkan kerangka kereta dan membuat beberapa potongan dan ukuran kerangka yang dikehendaki. Kerjasama di antara ahli pasukan kami adalah dititikberatkan.
AKTIVITI MINGGU 1 & MINGGU 2
Pada minggu pertama dan minggu kedua kami telah menjalankan beberapa tinjauan dan penyelidikan berkaitan pembuatan dan merekabentuk kereta berkonsepkan "Urban" Shell Eco Challenge ini. Pada permulaan kajian kami telah berjumpa dengan En Zainal bagi mengetahui serba sedikit berkaitan rekacipta sebuah kereta. En Zainal telah menunjukkan sebuah contoh Go-Kart yang mempunyai konsep yang lebih sama dengan konsep "Urban".
Kami telah berjumpa dengan En Syafie untuk menyelidik dengan lebih dekat cara-cara mereka cipta sebuah kereta berkonsepkan "Urban". Akhirnya pelbagai idea telah tercetus di dalam minda kami untuk menghasilkan sebuah kereta yang bertemakan kehijauan alam semula jadi.
Pelbagai halangan kami lalui untuk memilih satu lakaran yang dapat melambangkan konsep "Urban" ini. Pelbagai perbincangan sebelum memutuskan untuk memilih hanya satu lakaran sahaja daripada 12 lakaran. Akhirnya satu lakaran dipilih yang menepati konsep, tema dan kehendak ahli kumpulan kami.
PEMILIHAN IDEA
Gambarajah : Pemilihan Idea
PENJANAAN IDEA KE-TIGA
Gambarajah : Penjanaan Idea 3
Proses penjanaan idea ke-tiga daripada 12 lakaran kami dikehendaki memilih hanya 3 lakaran yang terakhir. Lakaran yang terakhir ini kami dikehendaki mengabungkan di antara ketiga-tiga lakaran ini menjadi sebuah lakaran kereta yang berkonsepkan "Urban".
Gambarajah : Penjanaan Idea 3
Proses penjanaan idea ke-tiga daripada 12 lakaran kami dikehendaki memilih hanya 3 lakaran yang terakhir. Lakaran yang terakhir ini kami dikehendaki mengabungkan di antara ketiga-tiga lakaran ini menjadi sebuah lakaran kereta yang berkonsepkan "Urban".
Pelbagai pendapat dan cadangan telah disuarakan oleh setiap ahli kumpulan kami. Kami mendapati untuk mereka cipta sebuah kereta yang berbentuk "Urban" ini memerlukan beberapa kreativiti yang harus dihasilkan oleh ahli kumpulan kami.
PENJANAAN IDEA KE-DUA
Gambarajah : Penjanaan Idea 2
Proses penjanaan idea ke-dua pula kami perlu memilih 6 sahaja lukisan yang telah dilakarkan oleh 12 orang ahli dalam kumpulan kami. Penjanaan idea ke-dua ini memberi kami kekuatan di dalam pasukan untuk memilih antara 6 lukisan ini menjadi 3 lukisan yang terakhir sebelum memilih rekabentuk yang paling sesuai untuk menera cipta kereta kami.
Semakin tekanan kepada kami untuk memilih lakaran yang paling cantik dan unik antara semua lakaran-lakaran yang telah dihasilkan. Walaupun terdapat beberapa lakaran yang tidak dipilih tertapi masih dijadikan bahan rujukan untuk menghasilkan sebuah kereta yang lebih canggih dan menarik.
PENJANAAN IDEA PERTAMA
Gambarajah : Penjanaan Idea 1
Proses pertama dalam mereka cipta kereta berkonsepkan "Urban" Shell Eco Challenge 2013 ini kumpulan kami telah menyumbangkan 12 lakaran idea yang berkonsepkan "Urban". Lakaran idea pertama ini bagi menilai sejauhmana kreativiti di dalam ahli kumpulan kami. pelbagai lakaran idea telah dicetuskan oleh kumpulan kami.
Setiap lakaran yang direkabentuk oleh ahli kumpulan kami adalah sangat menarik dan cantik. Pelbagai bentuk kereta yang dilakarkan menepati syarat-syarat berkaitan dengan pertandingan Shell Eco Challenge ini. Walaubagaimanapun, kami hanya perlu memilih beberapa lukisan sahaja untuk dijadikan rujukan.
LITAR PERTANDINGAN SHELL ECO CHALLENGE 2013
Gambarajah : Litar Pertandingan
Litar pertandingan Shell Eco Challenge 2013 akan diadakan di tapak padang kawad Universiti Teknologi Malaysia. Pertandingan ini akan berlansung pada 16 Januari 2013 disertai oleh enam buah kereta Shell Eco Challenge yang telah direka cipta oleh penuntut-penuntut tahun akhir Fakulti Pendidikan.
Kereta yang direka cipta berkonsepkan "prototaip" dan "urban" ini akan dipertandingkan mengikut beberapa kategori seperti penjimatan minyak, keunikan reka bentuk kereta dan juga semangat kerja berpasukan.
Pertandingan ini akan dinilai oleh beberapa orang ahli panel mengikut kategori masing-masing. Pertandingan mempunyai beberapa cabaran dan halangan yang harus dilalui oleh setiap kereta Shell Eco Challenge.
LITAR SIC
Gambarajah : Litar SIC
Litar SIC merupakan litar yang digunakan untuk
perlumbaan bagi pertandingan Shell Eco- marathon 2013. Litar SIC juga digunakan
untuk perlumbaan formula, Grand Prix A1 dan Grand Prix Motosikal dan sukan
permotoran yang lain. Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang
Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dan 60 km di Selatan Kuala Lumpur.
Susunan litar boleh dirujuk di bawah.Litar
utama, biasanya berlumba mengikut arah jam, adalah 5,54 kilometer panjang, dan
mempunyai sudut menyapu dan jalan lurus yang luas. Susunan litar yang agak luar
biasa, mempunyai jalan yang lurus yang dipisahkan dari pit, dan diikuti oleh
satu selekoh yang amat tajam. Konfigurasi lain Litar Sepang juga digunakan
untuk berlumba mengikut arah pusingan jam. Konfigurasi ini digunakan oleh
separuh pertama litar utama dan berpaling ke arah pit, selepas selekoh ke-6 dan
ia adalah 2,71 kilometer panjang secara keseluruhan.
Litar selatan adalah separuh lain litar ini.
Belakang litar utama menjadi pit lurus apabila litar selatan digunakan, dan
bersambung ke selekoh ke-8 untuk membentuk satu selekoh tajam. Dengan mengikut
arah jam , litar ini adalah 2,61 km panjang. Litar ini juga mempunyai trek
untuk perlumbaan go-kart dan kemudahan motocross.
SEJARAH SHELL ECO ASIA (MALAYSIA)
Gambarajah : Shell Eco Marathon Asia 2012
Eco-marathon merupakan satu pertandingan tahunan anjuran syarikat
petroleum Shell yang menguji
sejauh mana kereta-kereta yang menyertai dapat meningkatkan kecekapan bahan api. Ia pernah diadakan di United Kingdom, Finland, Perancis, Holland, Jepun dan Amerika Syarikat.. Terdapat banyak kategori dalam kejohanan ini antaranya berkuasa sel bahan api, sel suria, petrol, dan diesel.
Dalam Shell
Eco-Marathon Europe 2008, pasukan Belanda De Haagse
Hogeschool memenangi kategori konsep bandar dengan mendapat 848 km seliter daripada
kenderaan berkuasa hidrogen sementara Lycee
La Joliverie dari Perancis memenangi
kategori prototaip untuk mengembara 3,382 km seliter dengan kenderaan
menggunakan tenaga petrol.
Malaysia
menjadi tuan rumah Shell Eco-Marathon Asia di Litar Antarabangsa Sepang pada Julai
2010. Pertandingan ini yang merupakan
pertandingan berprofil tinggi, iaitu berperingkat antarabangsa atau secara
khususnya Asia mengumpulkan 119 pasukan dari institusi pengajian dari seluruh
Asia di Litar Antarabangsa Sepang dan bertanding dalam kategori yang mereka
sertai masing-masing.
SEJARAH SHELL ECO INTERNATIONAL
Gambarajah : Mobil Shell Tahun 1939
Shell Eco-marathon cabaran
pasukan sekolah menengah dan pelajar kolej dari seluruh dunia untuk mereka
bentuk, membina dan menguji kenderaan cekap tenaga. Dengan acara tahunan di
Amerika, Eropah dan Asia, pemenang adalah pasukan yang pergi jarak jauh
menggunakan jumlah kurangnya tenaga.
Sejarah Shell
Eco-marathon (SEM) berawal pada tahun 1939 di sebuah laboratorium penelitian Shell
di Amerika Serikat ketika para ilmuwan bertaruh untuk merancang kendaraan yang
dapat menempuh jarak terjauh dengan bahan bakar seminimum mungkin. Pemenang
kontes ternyata dapat mencapai 50 mpg (21 km/liter). Dari asal usul yang
sederhana, ini, lahirlah sebuah idea untuk menyelenggarakan kompetisi yang
lebih terorganisir yakni Shell Eco-marathon, yang akhirnya menjadi ajang yang
kita kenal sekarang ini.
Pada tahun 1977, Shell telah
menganjurkan pertandingan pertama pada Mallory Park dasarnya untuk pasukan
pelajar. Pada tahun 1978 pertandingan meningkat lagi dan kelas terbuka telah
diperkenalkan. Pada tahun 1985, Shell Eco-marathon Eropah pertama telah diadakan
di Perancis dan rekod adalah 680 km pada satu liter bahan api. Hari ini, rekod
terkini adalah bersamaan dengan memandu dari Paris ke Beijing dengan kurang
dari 4 liter petrol. Selama bertahun-tahun, rekod ekonomi bahan api telah cepat
diperbaiki. Rekod paling terkini telah ditetapkan pada acara tahun 2003 oleh
pasukan Microjoule Rockingham dari St Sebastien / Loire di Perancis. Mereka
mencapai angka penggunaan bahan api 10.705 batu segelen - mengalahkan rekod
sebelumnya yang ditetapkan oleh pasukan yang sama pada tahun 2001 oleh hampir
5000 mpg.
TEAM PR SHELL ECO CHALLENGE 2013
Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebuah universiti yang dinaik tarafkan
secara rasminya sebagai pusat penyelidikan. Universiti Teknologi Malaysia amat
terkenal dalam bidang kejuruteraan baik di dalam mahupun di luar Negara. Fakulti
pendidikan merupakan salah satu fakulti di bawah Universiti Teknologi Malaysia.
Visi utama fakulti pendidikan adalah menjadi luar biasa, pemimpin yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Manakala misi
fakulti pendidikan adalah berusaha untuk membangunkan sumber manusia dalam
bidang sains dan teknologi melalui pendidikan berkualiti dan inovatif dan
kursus-kursus profesional untuk para pendidik dan pelatih (guru
pra-perkhidmatan). Fakulti pendidikan telah menjalankan satu kajian tentang
merekacipta sebuah kereta berkonsepkan “Urban” yang akan di pertandingkan
didalam Shell Eco Challenge 2013 yang bertempat di padang kawad UTM. Tujuan utama
pertandingan dijalankan bagi menguji tahap kreativiti dan inovatif di kalangan
penuntut-penuntut fakulti pendidikan. Penyelidikan ini tertumpu kepada keselamatan
kenderaan dan penjimatan minyak gasoline kereta.
Subscribe to:
Posts (Atom)