Pada minggu ke-lima dan minggu ke-enam kami telah siap memasangkan kerangka kereta dan diletakkan di atas papan lapis sebagai pelapik. En. Yusri membantu kami dalam proses mematerikan antara bahan-bahan supaya dapat terbentuk sebuah kerangka kereta.
Selepas proses pematerian pelajar perempuan dikehendaki memijak atau berdiri di atas kerangka bagi mengelakkan kerangka tidak sekata ini boleh menyebabkan struktur kerangka tidak berada dalam keadaan yang baik.
Seterusnya kami ditunjukkan cara-cara mengunakan mesin mengulir bagi membuat shaf dibahagian tayar belakang. Kami diberikan tunjuk ajar oleh En. Iskandar cara-cara penggunaan mesin mengulir tersebut. Kami diberikan penekanan dalam menjaga keselamatan diri dan kawan-kawan.
No comments:
Post a Comment