Gambarajah : Litar Pertandingan
Litar pertandingan Shell Eco Challenge 2013 akan diadakan di tapak padang kawad Universiti Teknologi Malaysia. Pertandingan ini akan berlansung pada 16 Januari 2013 disertai oleh enam buah kereta Shell Eco Challenge yang telah direka cipta oleh penuntut-penuntut tahun akhir Fakulti Pendidikan.
Kereta yang direka cipta berkonsepkan "prototaip" dan "urban" ini akan dipertandingkan mengikut beberapa kategori seperti penjimatan minyak, keunikan reka bentuk kereta dan juga semangat kerja berpasukan.
Pertandingan ini akan dinilai oleh beberapa orang ahli panel mengikut kategori masing-masing. Pertandingan mempunyai beberapa cabaran dan halangan yang harus dilalui oleh setiap kereta Shell Eco Challenge.
No comments:
Post a Comment