........SELAMAT DATANG..........

...SELAMAT DATANG...

Monday, January 7, 2013

SEJARAH SHELL ECO ASIA (MALAYSIA) 




Gambarajah : Shell Eco Marathon Asia 2012

Eco-marathon merupakan satu pertandingan tahunan anjuran syarikat petroleum Shell yang menguji sejauh mana kereta-kereta yang menyertai dapat meningkatkan kecekapan bahan api. Ia pernah diadakan di United Kingdom, Finland, Perancis, Holland, Jepun dan Amerika Syarikat.. Terdapat banyak kategori dalam kejohanan ini antaranya berkuasa sel bahan api, sel suria, petrol, dan diesel. 
Dalam Shell Eco-Marathon Europe 2008, pasukan Belanda De Haagse Hogeschool memenangi kategori konsep bandar dengan mendapat 848 km seliter daripada kenderaan berkuasa hidrogen sementara Lycee La Joliverie dari Perancis memenangi kategori prototaip untuk mengembara 3,382 km seliter dengan kenderaan menggunakan tenaga petrol.
           Malaysia menjadi tuan rumah Shell Eco-Marathon Asia di Litar Antarabangsa Sepang pada Julai 2010. Pertandingan ini yang merupakan pertandingan berprofil tinggi, iaitu berperingkat antarabangsa atau secara khususnya Asia mengumpulkan 119 pasukan dari institusi pengajian dari seluruh Asia di Litar Antarabangsa Sepang dan bertanding dalam kategori yang mereka sertai masing-masing. 

No comments:

Post a Comment