........SELAMAT DATANG..........

...SELAMAT DATANG...

Monday, January 7, 2013

AKTIVITI MINGGU 13 & MINGGU 14


          Pada minggu ke tiga belas dan minggu terakhir kami telah dapat menyiapkan beberapa bahagian komponen-komponen yang terakhir sebelum membuat pengujian pada kereta. Badan kereta telah diukur mengikut kesesuaian kreativiti kumpulan kami yang bertemakan kehijauan.
          Selepas kerangka dan badan kereta dicatkan dengan warna yang sesuai badan kereta dicantum mengikut kretiviti kami.  Pemasangan wayering dilakukan bagi mengerakkan kereta kami. 
AKTIVITI MINGGU 11 & MINGGU 12


      Pada minggu ke sebelas dan minggu ke dua belas proses meletakkan komponen-komponen di atas kerangka seperti kerusi, enjin dan komponen-komponen lain. 
           Semua komponen yang terdapat pada kerangka akan di lukis di dalam Autocad. Kemudian cantuman pada stering di cantumkan pada permukaan kerangka. 
AKTIVITI MINGGU 9 & MINGGU 10


             Pada minggu ke-sembilan dan minggu ke-sepuluh kami telah menyiapkan pembinaan kerangka yang lengkap. pelbagai aktiviti telah kami jalankan sepanjang dua minggu ini. 
       Selain itu, kami telah menyiapkan beberapa bahagian komponen yang perlu dilukis di dalam Autocad. Setiap ukuran yang dibuat perlulah sama dengan lukisan di dalam Autocad.
AKTIVITI MINGGU 7 & MINGGU 8


     Pada minggu ke-tujuh dan minggu ke-lapan aktiviti yang dijalankan oleh kami ialah membuat shaf di bahagian dalam komponen pada tayar kereta. Shaf perlu diulir menggunakan mesin mengikut ketebalan yang dikehendaki.
          Selain itu membuat bahagian pada C-Bracket. Beberapa plate telah dipotong untuk dicantumkan dan dibentukkan C-Bracket. Pembuatan C-Brecket perlulah bersesuaian mengikut ukuran yang telah ditetapkan. 
AKTIVITI MINGGU 5 & MINGGU 6


       Pada minggu ke-lima dan minggu ke-enam kami telah siap memasangkan kerangka kereta dan diletakkan di atas papan lapis sebagai pelapik. En. Yusri membantu kami dalam proses mematerikan antara bahan-bahan supaya dapat terbentuk sebuah kerangka kereta.
           Selepas proses pematerian pelajar perempuan dikehendaki memijak atau berdiri di atas kerangka bagi mengelakkan kerangka tidak sekata ini boleh menyebabkan struktur kerangka tidak berada dalam keadaan yang baik. 
          Seterusnya kami ditunjukkan cara-cara mengunakan mesin mengulir bagi membuat shaf dibahagian tayar belakang. Kami diberikan tunjuk ajar oleh En. Iskandar cara-cara penggunaan mesin mengulir tersebut. Kami diberikan penekanan dalam menjaga keselamatan diri dan kawan-kawan.
AKTIVITI MINGGU 3 & MINGGU 4


    Pada minggu ke-tiga dan minggu ke-empat kami telah membentangkan kertas kerja yang pertama berkaitan kereta Shell Eco Challenge. Selepas selesai pembentangan kami dikehendaki memulakan proses peringkat pertama dengan mengenali bahan-bahan yang ingin digunakan untuk mereka bentuk kereta "Urban" ini. 
      Minggu ke-empat kami diberikan kesempatan untuk melihat kereta Shell Eco Challenge 2012 yang disertai oleh penuntut-penuntut Fakulti Mekanikel. Hasil daripada model kereta ini kami telah mendapat beberapa ilham berkaitan rekabentuk kereta kami.
        Seterusnya kami telah menyambung menyiapkan kerangka kereta dan membuat beberapa potongan dan ukuran kerangka yang dikehendaki. Kerjasama di antara ahli pasukan kami adalah dititikberatkan. 
      


AKTIVITI MINGGU 1 & MINGGU 2


         Pada minggu pertama dan minggu kedua kami telah menjalankan beberapa tinjauan dan penyelidikan berkaitan pembuatan dan merekabentuk kereta berkonsepkan "Urban" Shell Eco Challenge ini. Pada permulaan kajian kami telah berjumpa dengan En Zainal bagi mengetahui serba sedikit berkaitan rekacipta sebuah kereta. En Zainal telah menunjukkan sebuah contoh Go-Kart yang mempunyai konsep yang lebih sama dengan konsep "Urban".
       Kami telah berjumpa dengan En Syafie untuk menyelidik dengan lebih dekat cara-cara mereka cipta sebuah kereta berkonsepkan "Urban". Akhirnya pelbagai idea telah tercetus di dalam minda kami untuk menghasilkan sebuah kereta yang bertemakan kehijauan alam semula jadi.
         Pelbagai halangan kami lalui untuk memilih satu lakaran yang dapat melambangkan konsep "Urban" ini. Pelbagai perbincangan sebelum memutuskan untuk memilih hanya satu lakaran sahaja daripada 12 lakaran. Akhirnya satu lakaran dipilih yang menepati konsep, tema dan kehendak ahli kumpulan kami.

PEMILIHAN IDEA




Gambarajah : Pemilihan Idea

      Proses yang terakhir adalah proses pemilihan idea yang paling cantik, menarik dan unik. Permulaan dalam mereka cipta kereta Shell Eco Challenge 2013 ini kami telah membuat lakaran awal berkaitan dengan kerangka yang diperlukan oleh kami. Selain itu, anggaran awal ketinggian sebuah kereta yang bersesuaian mengikut panduan-panduan yang telah diberikan.
PENJANAAN IDEA KE-TIGA



                                       Gambarajah : Penjanaan Idea 3

         Proses penjanaan idea ke-tiga daripada 12 lakaran kami dikehendaki memilih hanya 3 lakaran yang terakhir. Lakaran yang terakhir ini kami dikehendaki mengabungkan di antara ketiga-tiga lakaran ini menjadi sebuah lakaran kereta yang berkonsepkan "Urban". 
     Pelbagai pendapat dan cadangan telah disuarakan oleh setiap ahli kumpulan kami. Kami mendapati untuk mereka cipta sebuah kereta yang berbentuk "Urban" ini memerlukan beberapa kreativiti yang harus dihasilkan oleh ahli kumpulan kami. 
PENJANAAN IDEA KE-DUA


Gambarajah : Penjanaan Idea 2
         

            Proses penjanaan idea ke-dua pula kami perlu memilih 6 sahaja lukisan yang telah dilakarkan oleh 12 orang ahli dalam kumpulan kami. Penjanaan idea ke-dua ini memberi kami kekuatan di dalam pasukan untuk memilih antara 6 lukisan ini menjadi 3 lukisan yang terakhir sebelum memilih rekabentuk yang paling sesuai untuk menera cipta kereta kami.
          Semakin tekanan kepada kami untuk memilih lakaran yang paling cantik dan unik antara semua lakaran-lakaran yang telah dihasilkan. Walaupun terdapat beberapa lakaran yang tidak dipilih tertapi masih dijadikan bahan rujukan untuk menghasilkan sebuah kereta yang lebih canggih dan menarik.
PENJANAAN IDEA PERTAMA

Gambarajah : Penjanaan Idea 1
          

         Proses pertama dalam mereka cipta kereta berkonsepkan "Urban" Shell Eco Challenge 2013 ini kumpulan kami telah menyumbangkan 12 lakaran idea yang berkonsepkan "Urban". Lakaran idea pertama ini bagi menilai sejauhmana kreativiti di dalam ahli kumpulan kami. pelbagai lakaran idea telah dicetuskan oleh kumpulan kami. 
          Setiap lakaran yang direkabentuk oleh ahli kumpulan kami adalah sangat menarik dan cantik. Pelbagai bentuk kereta yang dilakarkan menepati syarat-syarat berkaitan dengan pertandingan Shell Eco Challenge ini. Walaubagaimanapun, kami hanya perlu memilih beberapa lukisan sahaja untuk dijadikan rujukan.

LITAR PERTANDINGAN SHELL ECO CHALLENGE 2013

Gambarajah : Litar Pertandingan


           Litar pertandingan Shell Eco Challenge 2013 akan diadakan di tapak padang kawad Universiti Teknologi Malaysia. Pertandingan ini akan berlansung pada 16 Januari 2013 disertai oleh enam buah kereta Shell Eco Challenge yang telah direka cipta oleh penuntut-penuntut tahun akhir Fakulti Pendidikan.
          Kereta yang direka cipta berkonsepkan "prototaip" dan "urban" ini akan dipertandingkan mengikut beberapa kategori seperti penjimatan minyak, keunikan reka bentuk kereta dan juga semangat kerja berpasukan. 
            Pertandingan ini akan dinilai oleh beberapa orang ahli panel mengikut kategori masing-masing. Pertandingan mempunyai beberapa cabaran dan halangan yang harus dilalui oleh setiap kereta Shell Eco Challenge.  

LITAR SIC


Gambarajah : Litar SIC

Litar SIC merupakan litar yang digunakan untuk perlumbaan bagi pertandingan Shell Eco- marathon 2013. Litar SIC juga digunakan untuk perlumbaan formula, Grand Prix A1 dan Grand Prix Motosikal dan sukan permotoran yang lain. Litar ini terletak berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur(KLIA) dan 60 km di Selatan Kuala Lumpur.
Susunan litar boleh dirujuk di bawah.Litar utama, biasanya berlumba mengikut arah jam, adalah 5,54 kilometer panjang, dan mempunyai sudut menyapu dan jalan lurus yang luas. Susunan litar yang agak luar biasa, mempunyai jalan yang lurus yang dipisahkan dari pit, dan diikuti oleh satu selekoh yang amat tajam. Konfigurasi lain Litar Sepang juga digunakan untuk berlumba mengikut arah pusingan jam. Konfigurasi ini digunakan oleh separuh pertama litar utama dan berpaling ke arah pit, selepas selekoh ke-6 dan ia adalah 2,71 kilometer panjang secara keseluruhan.
Litar selatan adalah separuh lain litar ini. Belakang litar utama menjadi pit lurus apabila litar selatan digunakan, dan bersambung ke selekoh ke-8 untuk membentuk satu selekoh tajam. Dengan mengikut arah jam , litar ini adalah 2,61 km panjang. Litar ini juga mempunyai trek untuk perlumbaan go-kart dan kemudahan motocross.






SEJARAH SHELL ECO ASIA (MALAYSIA) 




Gambarajah : Shell Eco Marathon Asia 2012

Eco-marathon merupakan satu pertandingan tahunan anjuran syarikat petroleum Shell yang menguji sejauh mana kereta-kereta yang menyertai dapat meningkatkan kecekapan bahan api. Ia pernah diadakan di United Kingdom, Finland, Perancis, Holland, Jepun dan Amerika Syarikat.. Terdapat banyak kategori dalam kejohanan ini antaranya berkuasa sel bahan api, sel suria, petrol, dan diesel. 
Dalam Shell Eco-Marathon Europe 2008, pasukan Belanda De Haagse Hogeschool memenangi kategori konsep bandar dengan mendapat 848 km seliter daripada kenderaan berkuasa hidrogen sementara Lycee La Joliverie dari Perancis memenangi kategori prototaip untuk mengembara 3,382 km seliter dengan kenderaan menggunakan tenaga petrol.
           Malaysia menjadi tuan rumah Shell Eco-Marathon Asia di Litar Antarabangsa Sepang pada Julai 2010. Pertandingan ini yang merupakan pertandingan berprofil tinggi, iaitu berperingkat antarabangsa atau secara khususnya Asia mengumpulkan 119 pasukan dari institusi pengajian dari seluruh Asia di Litar Antarabangsa Sepang dan bertanding dalam kategori yang mereka sertai masing-masing. 

SEJARAH SHELL ECO INTERNATIONAL


Gambarajah : Mobil Shell Tahun 1939

          Shell Eco-marathon cabaran pasukan sekolah menengah dan pelajar kolej dari seluruh dunia untuk mereka bentuk, membina dan menguji kenderaan cekap tenaga. Dengan acara tahunan di Amerika, Eropah dan Asia, pemenang adalah pasukan yang pergi jarak jauh menggunakan jumlah kurangnya tenaga.
          Sejarah Shell Eco-marathon (SEM) berawal pada tahun 1939 di sebuah laboratorium penelitian Shell di Amerika Serikat ketika para ilmuwan bertaruh untuk merancang kendaraan yang dapat menempuh jarak terjauh dengan bahan bakar seminimum mungkin. Pemenang kontes ternyata dapat mencapai 50 mpg (21 km/liter). Dari asal usul yang sederhana, ini, lahirlah sebuah idea untuk menyelenggarakan kompetisi yang lebih terorganisir yakni Shell Eco-marathon, yang akhirnya menjadi ajang yang kita kenal sekarang ini.
          Pada tahun 1977, Shell telah menganjurkan pertandingan pertama pada Mallory Park dasarnya untuk pasukan pelajar. Pada tahun 1978 pertandingan meningkat lagi dan kelas terbuka telah diperkenalkan. Pada tahun 1985, Shell Eco-marathon Eropah pertama telah diadakan di Perancis dan rekod adalah 680 km pada satu liter bahan api. Hari ini, rekod terkini adalah bersamaan dengan memandu dari Paris ke Beijing dengan kurang dari 4 liter petrol. Selama bertahun-tahun, rekod ekonomi bahan api telah cepat diperbaiki. Rekod paling terkini telah ditetapkan pada acara tahun 2003 oleh pasukan Microjoule Rockingham dari St Sebastien / Loire di Perancis. Mereka mencapai angka penggunaan bahan api 10.705 batu segelen - mengalahkan rekod sebelumnya yang ditetapkan oleh pasukan yang sama pada tahun 2001 oleh hampir 5000 mpg.
TEAM PR SHELL ECO CHALLENGE 2013





      Universiti Teknologi Malaysia (UTM) merupakan sebuah universiti yang dinaik tarafkan secara rasminya sebagai pusat penyelidikan. Universiti Teknologi Malaysia amat terkenal dalam bidang kejuruteraan baik di dalam mahupun di luar Negara. Fakulti pendidikan merupakan salah satu fakulti di bawah Universiti Teknologi Malaysia. Visi utama fakulti pendidikan adalah menjadi luar biasa, pemimpin yang cemerlang dalam bidang pendidikan. Manakala misi fakulti pendidikan adalah berusaha untuk membangunkan sumber manusia dalam bidang sains dan teknologi melalui pendidikan berkualiti dan inovatif dan kursus-kursus profesional untuk para pendidik dan pelatih (guru pra-perkhidmatan). Fakulti pendidikan telah menjalankan satu kajian tentang merekacipta sebuah kereta berkonsepkan “Urban” yang akan di pertandingkan didalam Shell Eco Challenge 2013 yang bertempat di padang kawad UTM. Tujuan utama pertandingan dijalankan bagi menguji tahap kreativiti dan inovatif di kalangan penuntut-penuntut fakulti pendidikan. Penyelidikan ini tertumpu kepada keselamatan kenderaan dan penjimatan minyak gasoline kereta.